Saturday 6 August 2011

TERIMA KASIH PA AND MA


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..masih bernafas pada hari ni

Seperti yang mungkin telah diketahui oleh pembaca, majlis akad nikah (pic above) antara Akh Abdullah Husaini dan saya, Ayesha telah selamat diadakan lebih kurang 2 bulan lalu

Pada 12 tengahari 30 April 2011 bertempat di Masjid Wilayah, di Kuala Lumpur

Pernikahan yang sepatutnya dijalankan pada bulan September ini (Syawal),diawalkan, dengan izin Allah swt.

Saya menulis post ini semata2 untuk merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan setinggi2nya untuk ibu bapa saya, Encik Kamarudin, dan Puan Manizah (pic below) atas sokongan, perhatian, pengertian, semangat, dan segala jasa mereka yang tidak mampu saya nukilkan dengan tulisan.

Ayah saya sendiri menikahkan saya dengan suami saya.

Di saat ayah menjabat tangan bakal suami anak perempuannya yang pertama, saya tergumam.

berdebar....sangat berdebar....hingga tapak tangan saya berpeluh2.....suatu perkara yang sangat jarang berlaku pada saya

dan apabila ayah mula melafazkan akad, dia mengalirkan air mata, wajahnya merah kesedihan, dan suaranya tersekat-sekat.

saat itu, 
dewan nikah yang indah permai itu sunyi sepi

saya dapat merasakan kolam air mata saya ini bagai digenangi air..
tekak saya rasa tersekat
jantung seolah2 berhenti berdegup 

ingin sahaja berlari kepada ayah dan memeluknya erat..
ingin saja mengatakan padanya: 

"pa..i luv u..u r not losing me..i'm still ur beloved daughter"



Allah saja yang mengetahui bagaimana rasa terharu dengan kasih sayang dan sokongan ibu bapa saya yang tidak berbelah bahagi sepanjang kehidupan saya.

Allah saja yang mengetahui pahit getir perjalanan dan perancangan ke arah perkahwinan kami.




Maha suci Allah, segala puji dan puja hanya layak bagiNya

Dengan iradah dan inayah Mu, kami selamat diijabkabulkan.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..


Wednesday 3 August 2011

SYUKUR

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

alhamdulillah, berjaya mencipta satu blog

patah tangan rasanya apabila tiada tempat untuk menukilkan rasa dan kata di jiwa

blog lama di friendster yang penuh dengan sejuta satu kenangan telah dihapuskan tanpa pengetahuan

bermula untuk menulis semula di blog baru

dengan diri yang baru

jiwa yang baru

ruh yang baru

azam yang baru

Bismillahirrahmanirrahim

3 Ramadan 1432 Hijrah